Pasukan MALBATT 850-12 terus tingkat siap siaga, waspada di Lubnan

Kontinjen MALBATT 850-11 diketuai oleh Kolonel Burhan Sagoni, terdiri daripada 853 anggota iaitu 82 Pegawai dan 771 Lain-Lain Pangkat (LLP) turut disertai oleh tiga pegawai dan 26 LLP dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan daripada Kementerian Pertahanan.

A
A
A

PORT DICKSON - Pasukan Malaysian Battalion (MALBATT) 850-12 akan terus meningkatkan kesiapsiagaan dan kewaspadaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dalam melaksanakan misi pengaman dengan selamat di Lubnan.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata, pertukaran kontinjen MALBATT 850-11 dengan MALBATT 850-12 yang dilaksanakan secara berperingkat melalui empat fasa bermula pada 6 November dan berakhir pada 20 November lalu dirancang dengan teliti.

Mohammad (dua kanan) ketika menyempurnakan Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis.

Menurutnya, ia bagi memastikan pengoperasian diteruskan secara berkesan di samping mengekalkan kekuatan kuasa tempur kontinjen sebilang masa di kawasan misi.

"Justeru rakyat Malaysia diseru untuk terus berdoa agar pasukan pengaman negara ini sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dengan selamat dan cemerlang.

"Secara keseluruhannya, kehadiran Malbatt 850-11 telah diterima baik oleh masyarakat tempatan, mencerminkan kejayaan kolaborasi antara pasukan pengaman dan komuniti setempat," katanya.

Suasana ketika majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menyempurnakan Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran Malaysian Battalion (MALBATT) 850-11 di Padang Kawad, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Kontinjen MALBATT 850-11 diketuai oleh Kolonel Burhan Sagoni, terdiri daripada 853 anggota iaitu 82 Pegawai dan 771 Lain-Lain Pangkat (LLP) turut disertai oleh tiga pegawai dan 26 LLP dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan daripada Kementerian Pertahanan.

Mohammad berkata, namun, sejak Oktober 2023, ketegangan konflik antara Israel, Hamas dan Hizbullah telah memberi impak kepada operasi di kawasan tanggungjawab Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).

"Bagaimanapun, sepanjang penugasan di bumi Lubnan, kontinjen MALBATT 850-11 telah mempamerkan disiplin dan mutu kerja yang cemerlang meskipun menghadapi pelbagai cabaran getir akibat ancaman konflik berterusan antara Israel dan Lubnan.

"Dalam suasana operasi yang mencabar, kontinjen MALBATT 850-11 telah berjaya mengekalkan reputasi sebagai pasukan pengaman yang dihormati dan disegani, bukan sahaja oleh masyarakat setempat, malah dalam kalangan komuniti antarabangsa," katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata pasukan MALBATT sentiasa bersiap sedia menjalankan tugas sekiranya diarahkan ke negara sedang bergolak seperti di Syria oleh PBB.

"Sekiranya ada keperluan (ke Syria) daripada United Nation untuk menyertai misi tersebut kepimpinan negara akan membuat pertimbangan, sekiranya mereka bersetuju, anggota akan dihantar ke sana atau dimana-mana sahaja negara memerlukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!