Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lima negeri lepasi 50 peratus enrolmen aliran STEM

12 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Lima negeri lepasi 50 peratus enrolmen aliran STEM

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sekurang-kurangnya lima negeri sahaja melepasi enrolmen murid dalam aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melebihi 50 peratus.

Bagaimanapun, jelasnya, secara keseluruhannya peratusan enrolmen murid dalam aliran STEM menunjukkan satu peningkatan dari 40.95 peratus pada 2021 kepada 50.83 peratus tahun ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung yang meminta kementerian itu menyatakan usaha diambil untuk memastikan makmal moden dan peralatan STEM disediakan di sekolah yang kekurangan dana, termasuk bagaimana untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #STEM