PRN Sabah: PIS tidak akan bergabung, sedia jadi pembangkang jika tiada majoriti

Michel (tengah) dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan PIS kali pertama sesi 2024-2026 di Likas, Kota Kinabalu.
Michel (tengah) dalam sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan PIS kali pertama sesi 2024-2026 di Likas, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Impian Sabah (PIS) tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti semata-mata untuk menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) nanti.

Presidennya, Michel Alok berkata, PIS mengambil pendirian untuk menjadi pembangkang sekiranya gagal mendapat majoriti dalam PRN yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita tidak akan bergabung dengan mana-mana parti yang ada, kita ada sebab kenapa tidak mahu mengadakan gabungan. Kerana dalam gabungan membawa banyak keburukan daripada kebaikan.

"Kita dalam parti, kita tidak mahu menjadi ekor, kita mahu menjadi kepala. Kalau kita boleh menentukan kerajaan, kita akan tentukan. Kalau tidak, kita akan jadi pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan PIS kali pertama sesi 2024-2026 di Likas pada Khamis.

Menurutnya, beliau tidak mahu perjuangan PIS akan tenggelam disebabkan gabungan dengan parti lain.

Barisan pimpinan PIS ketika hadir pada Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan PIS kali pertama sesi 2024-2026 di Likas, Kota Kinabalu.
Barisan pimpinan PIS ketika hadir pada Persidangan Perwakilan Agung Dwi-Tahunan PIS kali pertama sesi 2024-2026 di Likas, Kota Kinabalu.

"Kita mahu apa yang kita cakap dalam parti ini, itu dilunturkan. Contoh, kalau kita jadi ekor. Maka kita terpaksa mengikut apa yang mereka mahu dan akhirnya perjuangan parti itu akan luntur.

Artikel Berkaitan:

"Tetapi kalau kita menjadi pemimpin ataupun menjadi kepala itu berbeza kerana perjuangan dalam parti ini, kelainannya kita pertahankan.

"Jadi sama aada kita mahu menjadi kerajaan atau menjadi pembangkang, pilihan itu dua saja. Kalau kita boleh jadi kerajaan, kita pimpin dan kita tunjukkan kepada mereka," katanya.

Sebelum itu, PIS berhasrat untuk bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dalam PRN nanti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!