Pejalan kaki melintas jalan maut dilanggar lori

Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar sebuah lori ketika melintas di Jalan Senai-Seelong arah Seelong di Kulai, malam tadi. Foto IPD Kulai
Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar sebuah lori ketika melintas di Jalan Senai-Seelong arah Seelong di Kulai, malam tadi. Foto IPD Kulai
A
A
A

KULAI - Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar sebuah lori ketika melintas di Jalan Senai-Seelong arah Seelong di sini, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 8.30 malam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki warga asing berkenaan melintas ke tengah jalan dari sebelah kiri jalan.

“Tindakannya secara tiba-tiba itu telah menyebabkannya dilanggar oleh sebuah lori hingga tercampak di tengah jalan.

“Akibatnya, lelaki berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Seng Lee berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja, bagi tujuan bedah siasat, manakala pemandu lori berkenaan gagal dikesan.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat (I.O), Inspektor Ahmad Safuan Abu Naim di talian 0177573507 atau hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (BSPTD) daerah Kulai bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!