Pemberontak bakar kubur bapa Bashar al-Assad

Pemberontak Syria didapati membakar keranda bekas Presiden Hafez al- Assad yang terletak di wilayah Latakia. Agensi
Pemberontak Syria didapati membakar keranda bekas Presiden Hafez al- Assad yang terletak di wilayah Latakia. Agensi
A
A
A

DAMSYIK - Kumpulan pemberontak menyerbu tanah perkuburan bekas Presiden Syria Hafiz al-Assad dan juga bapa kepada Bashar al-Assad yang digulingkan pada Ahad lalu.

Pada Rabu, kumpulan pemberontak menggeledah tanah perkuburan terletak di wilayah Latakia, barat Syria dengan membakar keranda Hafiz sambil membuat rakaman mengenainya.

Dalam masa yang sama mereka mengibarkan bendera baharu Syria sambil meraikan perbuatan mereka di keliling kubur milik bekas presiden itu.

"Kami datang ke kubur Hafez, Bassel dan Anisa," kata salah seorang pemberontak yang merujuk Bassel al-Assad sebagai anak lelaki sulung Hafez manakala Anisa al-Assad adalah isteri pertama bekas presiden itu.

"Kami juga ingin melihat mereka yang hina ini selepas menindas seluruh rakyat Syria," tambahya.

Sebenarnya Bassel dipilih menggantikan bapanya, tetapi meninggal dunia dalam kemalangan kereta pada tahun 1994.

Untuk menyambung legasi pemerintahan keluarganya, Hafez bertindak memanggil anaknya Bashar yang melanjutkan pengajian di London supaya pulang ke Syria bagi menggantikannya.

Ibu Bahsar, Anisa meninggal dunia pada Februari 2016 atas sebab yang tidak didedahkannya.

Artikel Berkaitan:

Selepas video pembakaran kerana bekas presiden itu tular, ramai netizen tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu kerana didakwa tidak menghormati mayat.

Sebuah artikel dari Atlas Obscura menyebut bahawa lokasi pengebumian Hafez pernah dihadiri pengawal berbaju hitam.

Beberapa hari sebelum kubur itu dibakar, pemberontak merobohkan patung Hafez yang diletakkan di tengah ibu negara Syria, Damsyik.

Sebuah patung lagi hancur ditembak meriam antipesawat. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!