RCI Batu Puteh: 47 muka surat dipadamkan demi kedaulatan, keselamatan negara

Johari, Takiyuddin
Johari, Takiyuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 47 muka surat yang dipadamkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah demi kedaulatan dan keselamatan negara.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau menerima laporan tersebut lebih awal dan telah memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mendapatkan penjelasan.

"Oleh kerana kita ada Peraturan Mesyuarat 27 (3) Usul-usul Menteri, dan saya juga tanya menteri (berkenaan) perkara yang dihitamkan ini.

"Ia melibatkan kedaulatan, sensitiviti yang mungkin YB (Yang Berhormat) boleh bertanya dalam dewan tetapi tidak dicetak demi menjaga kemaslahatan politik dan juga keselamatan negara.

"Jadi boleh bertanya di dewan ini, tak ada masalah boleh tanya menteri...cuma ia tidak dalam bentuk hitam putih,"katanya ketika Sesi Pembentangan Laporan RCI mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai penjelasan kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang mempersoalkan 47 muka surat dalam laporan RCI berkenaan yang dipadamkan.

Takiyuddin sebelum itu membangkitkan perkara tersebut dan mendakwa laporan berkenaan boleh dianggap cacat dan tidak layak dibincangkan.

"Macam mana ni? Kita nak rujuk apa ni? Saya boleh bagi contoh untuk menteri jawab. Muka surat 157 syor-syor dalam suruhanjaya ini boleh diringkaskan seperti berikut...tetapi muka surat berikutnya, tak ada apa.

Artikel Berkaitan:

"Syor apa ni? laporan apa yang nak dibincang dan dibahaskan di sini? 47 daripada 217 muka surat didapati dipadamkan.

"Adakah ini satu laporan yang layak untuk dibahaskan di Dewan Rakyat,"katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!