Runtuhan cerun: LEKAS tutup lorong kecemasan kepada kenderaan
SHAH ALAM - Lebuhraya Kajang - Seremban Sdn Bhd (LEKAS) melaksanakan penutupan lorong kecemasan dan lorong perlahan kepada trafik berikutan kejadian runtuhan cerun di Kilometer (KM) 9.3 Arah Utara, Lebuhraya LEKAS pada Khamis.
LEKAS dalam kenyataannya memaklumkan, penutupan lorong kecemasan dan lorong perlahan itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja baik pulih di kawasan terjejas.
Menurut kenyataan itu, pelan pengurusan trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pengguna di lebuh raya.
"Pengguna lebuh raya dinasihatkan sentiasa mematuhi pengurusan trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian.
"Segala kesulitan amatlah dikesali dan sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi tali infoline LEKAS 1-800-888-021," katanya pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!