Sindrom bayi satu mata, tanpa hidung berlaku satu dalam 100,000 kelahiran

Dr Imelda berkata, masalah itu boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi 2D yang terperinci seawal 11 minggu kehamilan.
Dr Imelda berkata, masalah itu boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi 2D yang terperinci seawal 11 minggu kehamilan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sindrom Cyclopia yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu mata dan tanpa hidung merupakan kes paling ekstrem kerana ia berlaku satu dalam 100,000 kelahiran.

Pakar Kehamilan Berisiko Tinggi di sebuah pusat perubatan, Profesor Dr Imelda Balchin berkata, masalah itu boleh dikesan melalui imbasan ultrabunyi 2D yang terperinci seawal 11 minggu kehamilan.

"Lihat gambar pertama, otak yang normal ada dua bahagian kiri dan kanan seperti rama-rama. Otak yang tidak membentuk dengan normal masih lagi tercantum. Inilah dinamakan holoprosencephaly.

"Lihat gambar kedua. Holoprosencephaly berlaku satu dalam setiap 8,000 kelahiran, tetapi yang paling ekstrem sekali ialah cyclopia atau satu mata kerana berlaku satu dalam 100,000 kelahiran.

Sindrom Cyclopia yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu mata dan tanpa hidung merupakan kes paling ekstrem kerana ia berlaku satu dalam 100,000 kelahiran.
Sindrom Cyclopia yang menyebabkan bayi dilahirkan dengan satu mata dan tanpa hidung merupakan kes paling ekstrem kerana ia berlaku satu dalam 100,000 kelahiran.

"Inilah yang saya periksa untuk semua ibu hamil bila mereka datang kepada saya untuk imbasan ultrabunyi pada 11 atau 12 minggu kehamilan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Mengulas lanjut, Imelda memaklumkan, sejurus selepas persenyawaan sperma bapa dan telur ibu, semua embryo awal yang baru terbentuk akan mempunyai satu otak, mata serta tiada hidung.

Ujarnya, permulaan semua manusia seperti itu dan akan diikuti dengan otak dan mata yang mula terbahagi dua, namun masalah bakal timbul sekiranya perkembangan tersebut tidak berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Sebenarnya, masalah ini lebih kerap daripada sangkaan anda iaitu sebanyak satu dalam setiap 250 kehamilan, tetapi kebanyakannya akan gugur di awal kehamilan... sebab itulah anda jarang dapat lihat bayi dilahirkan matang dengan kecacatan ini.

"Masalah yang menyebabkan pembahagian kepada dua tidak berlaku adalah penyakit diabetes tidak dikawal sebelum hamil atau usia ibu lebih tua iaitu penuaan telur ovum boleh menyebabkan ada terlebih satu kromosom 13 iaitu trisomy 13. Ini juga dikenali sebagai Patau Syndrome.

"Selain itu, ia turut disebabkan oleh beberapa jenis mutasi kepada gene dan kekurangan zat asid folik. Inilah sebabnya asid folik dinasihatkan kepada semua wanita sebelum dan semasa mengandung untuk kurangkan risiko kecacatan otak serta tulang belakang," jelasnya.

Tambah beliau, setiap keguguran yang berlaku di awal kehamilan berkemungkinan disebabkan oleh embryo bermasalah dan tidak boleh membentuk dengan normal.

"ALLAH SWT tidak mahu anda dibebankan dengan melahirkan anak yang cacat, maka kandungan itu semua gugur sebelum 12 minggu kehamilan.

"Ini bukan sebab anda makan buah seperti nenas. Nenas tak bersalah dan bukan penyebab keguguran. Jangan percaya kepada kenan. Itu khurafat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!