Depoh simpanan kereta DBKL terbakar

Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran berkenaan. - Foto JBPM KL
Bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran berkenaan. - Foto JBPM KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 100 kenderaan lupus di Depoh simpanan kereta DBKL di Jalan Chan Sow Lin musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan, pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan jam 2.08 pagi.

Menurutnya, 21 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak dan Jalan Hang Tuah ke lokasi kejadian dengan enam jentera.

"Api sedang marak ketika bomba tiba dengan kebakaran melibatkan hampir 100 ke 150 buah kereta pelbagai jenis.

Sebahagian kereta yang terjejas. - Foto JBPM KL
Sebahagian kereta yang terjejas. - Foto JBPM KL

"Ketua operasi memohon bantuan jentera dan anggota dari balai berhampiran.

"Keseluruhan jentera yang terlibat empat FRT, tiga Water Tanker, satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan tiga Unit Bermotor Bomba (RIM) dengan keseluruhan anggota seramai 57 orang pelbagai pangkat," katanya.

Jelasnya, api dikawal jam 4.32 pagi dan dipadamkan jam 4.53 pagi di kawasan berkeluasan 2,800 meter.

Artikel Berkaitan:

"Insiden bagaimanapun tidak melibatkan mangsa dan punca kejadian masih dalam siasatan.

"Bahagian forensik bomba tiba di lokasi kejadian jam 6.22 pagi tadi untuk menjalankan siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!