Manchester United bawa keluar tiga mata dari Doosan Arena

Hojlund pastikan United pulang dengan tiga mata dari Plzen.
Hojlund pastikan United pulang dengan tiga mata dari Plzen.
A
A
A

DUA gol separuh masa kedua penyerang Rasmus Hojlund membolehkan Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas juara enam kali Czech, Viktoria Plzen dalam Liga Europa.

Hojlund yang dimasukkan sebagai pemain gantian mengantikan Marcus Rashford minit ke-56 memerlukan enam minit di untuk membatalkan gol pembukaan awal separuh masa kedua penyerang Plzen, Matej Vydra minit ke-48 dengan gol penyamaan minit ke-62.

Pemain berusia 21 tahun kelahiran Copenhagen, Denmark yang disambar dari kelab Serie A Itali, Atalanta kemudian mengesahkan kemenangan dengan satu lagi jaringan minit ke-88 untuk kemenangan ketiga berturut-turut United dalam pertandingan tahap dua kelab Eropah itu.

Sebagai rekod, United, yang kekal tidak tewas selepas enam perlawanan, naik sementara ke tangga tujuh dengan 12 mata sambil mengintai tempat kelayakan automatik ke pusingan 16 terakhir.

Hadir ke Doosan Arena, dengan dua kekalahan Liga Perdana Inggeris kepada Arsenal (0-2) dan Nottingham Forest (2-3), United bimbingan Ruben Amorim terselamat daripada tekanan awal tuan rumah kendalian Miroslav Koubek.

Plzen berjaya gaya mengekalkan pertahanan padat menentang pelawat yang bersungguh-sungguh untuk mengutip tiga mata.

United, yang melawat Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris pada Isnin akan melayan Rangers pada 24 Januari sebelum perlawanan terakhir fasa Liga Europa di Steaua Bucharest seminggu kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!