APM Pahang terima 7,000 kit bantuan bencana untuk mangsa banjir

Anggota APM membantu mengangkat kit bantuan bencana yang diterima daripada Nadma.
Anggota APM membantu mengangkat kit bantuan bencana yang diterima daripada Nadma.
A
A
A

KUANTAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menerima 7,000 kit bantuan bencana untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Pengarahnya, Che Adam A Rahman berkata, ia termasuk 3,400 kit makanan bencana bagi fasa ketiga yang diterima pada Jumaat.

Menurutnya, kit bantuan diedarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) itu akan diserahkan kepada APM daerah selaku Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah agar ia dapat terus diagihkan kepada mangsa bencana.

"Satu kit bantuan diserahkan kepada setiap keluarga mangsa bencana dan ia mencukupi setakat ini.

"Sekiranya ada keperluan, kit yang diterima APM Pahang ini akan disalurkan kepada negeri-negeri berhampiran yang memerlukan," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Sebahagian kit bantuan bencana yang diterima APM Pahang ditempatkan di pusat pengumpulan di Ibu Pejabat APM Pahang di Beserah.
Sebahagian kit bantuan bencana yang diterima APM Pahang ditempatkan di pusat pengumpulan di Ibu Pejabat APM Pahang di Beserah.

Sebelum ini, APM Pahang menerima lebih dua tan sumbangan berbentuk barangan berjaya dikumpulkan untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Sumbangan diterima terdiri daripada barangan keperluan harian, makanan, keperluan penjagaan diri, lampin pakai buang, tuala wanita dan permainan kanak-kanak yang dikumpulkan di pusat pengumpulan utama di Ibu Pejabat APM Pahang di Beserah di sini.

Artikel Berkaitan:

Sehingga jam 11 pagi Jumaat, bilangan mangsa banjir di Pahang menunjukkan sedikit peningkatan susulan pembukaan satu pusat pemindahan sementara (PPS) baharu di Maran.

PPS Kampung Baru Pertanian dibuka jam 9 pagi bagi menempatkan 11 mangsa daripada empat keluarga terjejas.

Setakat ini seramai 59 mangsa banjir masih berada di lima PPS di Temerlih, Bera dan Maran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!