Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
KUALA LUMPUR - Hujan berterusan selama empat hari dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula Isnin (16 Disember).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
Selain itu, Pahang yang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin akan mengalami hujan berterusan untuk tempoh sama. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!