Covid-19: Polis ambil keterangan nelayan sebar berita palsu

Abdullah (dua dari kiri) melawat tapak pameran yang dibuka sempena Perasmian Kampung Angkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu-Taman Binaraya 3, Limbat, Kubang Kerian hari ini.
Abdullah (dua dari kiri) melawat tapak pameran yang dibuka sempena Perasmian Kampung Angkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu-Taman Binaraya 3, Limbat, Kubang Kerian hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan sudah memanggil seorang nelayan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan koronavirus (Covid-19) menerusi aplikasi WhatsApp di negeri ini baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohamad Piah berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan daripada lelaki berusia 64 tahun itu.

“Satu laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu menerusi WhatsApp berkenaan Covid-19 dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

“Kita sudah ambil keterangan dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan Perasmian Kampung Angkat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu-Taman Binaraya 3, Limbat yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Abdul Rahim Daud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abdul Rahman Yunus.

Pada 9 Februari lalu, tular satu rakaman video berdurasi 18 saat yang menunjukkan seorang pesakit dari negeri ini didakwa dijangkiti Covid-19 dibawa menaiki ambulans untuk rawatan.

Video terbabit turut memaparkan tiga kakitangan hospital berpakaian peralatan perlindungan peribadi mengusung lelaki itu untuk dihantar ke Hospital Tumpat.

Bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Kelantan mengesahkan lelaki berusia 50-an itu tidak dijangkiti Covid-19 dan hanya menunjukkan tanda jangkitan saluran pernafasan.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, berhubung kes serangan terhadap kediaman seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Tumpat baru-baru ini, Abdullah berkata, masih tiada sebarang tangkapan dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pegawai kastam dilempar molotov cocktail

Serangan dipercayai berkait rampasan ketum

“Siasatan dalam kes ini masih diteruskan dan beberapa orang termasuk saksi kejadian sudah dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Pada 10 Februari lalu, kediaman terbabit diserang dengan bom botol dan polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan rampasan ketum.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!