Manchester City umum keuntungan tahun ketiga berturut-turut

Manchester City mengumumkan peningkatan hasil pendapatan buat tahun ketiga berturut-turut dengan jumlah pendapatan meningkat 715 juta pound untuk tahun berakhir Jun 2024.
Manchester City mengumumkan peningkatan hasil pendapatan buat tahun ketiga berturut-turut dengan jumlah pendapatan meningkat 715 juta pound untuk tahun berakhir Jun 2024.
A
A
A

MANCHESTER City mengumumkan peningkatan hasil pendapatan buat tahun ketiga berturut-turut dengan jumlah pendapatan meningkat 715 juta pound untuk tahun berakhir Jun 2024 meningkat daripada 712 juta pound setahun lalu.

City juga melaporkan keuntungan sebelum cukai keseluruhan sebanyak 73.8 juta pound, turun lapan peratus berbanding tahun lalu, tetapi meneruskan trend melaporkan keuntungan dalam setiap tahun kewangan sejak 2014-15, kecuali musim 2019-20 yang terjejas akibat Covid-19.

Pertumbuhan pendapatan juara Liga Perdana Inggeris itu didorong oleh peningkatan dalam hari perlawanan dan hasil komersial lain tetapi diberatkan oleh penurunan dalam hasil penyiaran yang disebabkan oleh penyingkiran suku akhir Liga Juara-Juara kelab.

City juga berkata, kelab itu mencatatkan keuntungan sebanyak 139 juta pound pada jualan pemain sepanjang tahun tersebut

“Cita-cita kami yang berterusan untuk menyasarkan dan mencapai yang tidak pernah berlaku sebelum ini adalah tanda organisasi yang telah kami wujudkan.

“Dalam dan luar padang, semangat kami untuk cabaran seterusnya disokong perancangan dan terperinci serta kepercayaan bersama dalam budaya pembelajaran kolaboratif yang telah kami bina,” kata Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, City memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris keempat berturut-turut pada musim 2023/24, namun gagal mempertahankan kejuaraan Liga Juara-Juara yang dimenangi kempen sebelumnya.

City kini berada di tempat keempat dalam Liga Perdana Inggeris, lapan mata di belakang pendahulu Liverpool dan ke-22 dalam Liga Juara-Juara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!