Mangsa buli perlu lapor kes untuk hukuman setimpal

Mangsa buli perlu melaporkan kes kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pembuli dengan mengenakan hukuman setimpal. - Gambar hiasan
Mangsa buli perlu melaporkan kes kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pembuli dengan mengenakan hukuman setimpal. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2024 membolehkan isu buli ditangani lebih menyeluruh selain melindungi mangsa buli fizikal mahupun siber.

Peguam, KK Baraneetharan berkata, mangsa perlu melaporkan kes kepada polis agar siasatan dapat dijalankan dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pembuli dengan mengenakan hukuman setimpal.

Menurutnya, pindaan tersebut tidak boleh secara automatik menangani kes buli tanpa sebarang laporan dibuat terhadap pembuli.

Jelasnya, pindaan adalah untuk melindungi mangsa buli sekali gus membolehkan polis menyiasat kes di bawah seksyen baharu yang tertentu.

“Secara amnya, ia membantu menangani isu buli dalam negara. Dengan wujudnya peruntukan baharu ini, mangsa buli akan dilindungi daripada pembuli.

“Sebelum ini negara kita tidak mempunyai undang-undang yang diperuntukkan untuk menangani buli secara keseluruhannya,” katanya.

Pada Selasa, Dewan Rakyat meluluskan dua RUU yang dinyatakan bagi menangani secara khusus isu buli dalam apa cara atau kaedah, termasuk dalam talian.

Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 berkata, ia diperlukan bagi mendepani cabaran masa depan tanpa mengabaikan keperluan ketika ini.

Mengulas sama ada hukuman lebih berat berkesan untuk menangani kes buli Baraneetharan berkata, fungsi hukuman antaranya adalah untuk pencegahan.

Artikel Berkaitan:

“Dalam sistem perundangan, hukuman bersifat pencegahan digubal melalui Parlimen sekiranya sesuatu kesalahan berleluasa.

“Disebabkan buli semakin berleluasa, Parlimen menggubal undang-undang bagi membendung kes buli selain menghalang rakyat terlibat dalam pembulian dengan memperuntukkan hukuman tertentu sekiranya seseorang disabit salah di bawah peruntukan undang-undang,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!