Lesen jualan kondominium runtuh digantung

Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh.
Sebahagian struktur kondominium 37 tingkat yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa Jalan Klang Lama runtuh.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Lesen Permit Pengiklanan Pembangunan (APDL) kondominium 37 tingkat di Taman Desa, Jalan Klang Lama di sini digantung sementara sehingga siasatan insiden runtuhan sebahagian strukturnya semalam selesai.

Menteri Pembangunan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, satu mesyuarat penyelarasan juga akan dibuat pada Isnin.

"Sekarang dalam peringkat siasatan oleh DOSH (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan). KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sebagai pengawal selia akan buat satu mesyuarat melibatkan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) DOSH dan pemaju.

"Kita akan teliti semula. Jabatan Peguam Negara akan menghentikan sementara lesen untuk jualan sehingga siasatan selesai," katanya pada sidang media selepas Melancarkan Festival Seni Bina Kuala Lumpur (KLAF) 2020 di sini hari ini.

Zuraida berkata, masih terlalu awal untuk menentukan punca kejadian tersebut, bagaimanapun siasatan awal mendapati tiada isu berkaitan tanah yang menyebabkan runtuhan itu berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Punca kejadian runtuh dikenal pasti dalam tempoh sebulan

Katanya, projek tersebut juga dijadualkan siap dalam tempoh 54 bulan dan semua proses dalam keadaan teratur.

"Jadi tengok Isnin. Sama ada ikut spesifikasi atau tidak, saya tidak tahu. Ia terlalu awal untuk memberikan kenyataan itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian jam 3.30 petang semalam, dua warga Bangladesh dilaporkan terperangkap di tingkat satu selepas lantai tempat letak kereta di tingkat enam runtuh.

Mangsa pertama diselamatkan pada jam 5.15 petang manakala mangsa kedua pada jam 9.40 malam. Kedua-duanya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buruh binaan terperangkap struktur kondominium runtuh

Dua mangsa runtuhan selamat dibawa keluar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!