Bapa bayi Adham akui masalah kewangan punca tidak bawa isteri ke klinik kesihatan

Safwan Roshdy memberitahu dia mempunyai alasan sendiri dan menyifatkan orang ramai tidak boleh terus menghukum dia dan isteri berikutan tidak mengetahui masalah kewangan dialami dia dan isteri. - Gambar Astro AWANI
Safwan Roshdy memberitahu dia mempunyai alasan sendiri dan menyifatkan orang ramai tidak boleh terus menghukum dia dan isteri berikutan tidak mengetahui masalah kewangan dialami dia dan isteri. - Gambar Astro AWANI
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada bayi lelaki, Muhammad Adham Mikail yang mayatnya dibekukan oleh sebuah hospital swasta mengakui kekhilafan diri kerana tidak membawa isteri melakukan pemeriksaan di klinik kesihatan.

Safwan Roshdy memberitahu dia mempunyai alasan sendiri dan menyifatkan orang ramai tidak boleh terus menghukum dia dan isteri berikutan tidak mengetahui masalah kewangan dialami dia dan isteri.

“Terus terang saya katakan waktu itu saya mengalami masalah kewangan. Memang agak susah.

"Tetapi saya berusaha dengan sentiasa memantau usia kandungan melalui aplikasi di telefon pintar. Memang saya tak pernah cuai pantau keadaan isteri dan anak walaupun hanya menggunakan aplikasi.

"Saya mengaku memang sedih, terutama isteri yang sangat kecewa dengan tuduhan pihak hospital dan komen orang ramai di media sosial tanpa usul periksa," katanya.

Safwan yang merupakan pekerja kilang berkata, tiada siapa yang tahu kesukaran hidup dialaminya dan isteri termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan dan dia sedaya upaya berusaha menyelesaikannya sendiri.

Dalam pada itu, Safwan meluahkan rasa terkilan dengan dakwaan dia dan isteri tidak berkahwin.

“Memang sedih dan saya mengaku sedikit tertekan dengan apa yang orang luar katakan, tetapi saya jadi lebih sedih anak saya turut menerima kecaman. Sedangkan dia begitu sempurna di mata kami.

Artikel Berkaitan:

“Lebih melampau ada yang berkata anak kami itu anak luar nikah. Apa perasaan saya dan isteri?” soalnya.

Safwan juga menegaskan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, perkongsian kisah daripada Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai berkenaan jenazah bayi istimewa yang terpaksa menunggu dua minggu untuk dikebumikan tular di media sosial.

Jasad Muhammad Adham Mikail yang meninggal dunia selepas 30 minit dilahirkan terpaksa 'disimpan oleh sebuah hospital swasta susulan si bapa tidak mampu untuk membayar bil hospital berjumlah RM3,600. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!