'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani

Azhan bersama beg darah yang didermanya pada Jumaat.
Azhan bersama beg darah yang didermanya pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Azhan berkata, secara purata sebanyak 2,000 beg darah diperlukan sehari untuk kegunaan pesakit di seluruh negara dan permintaan akan lebih meningkat apabila tiba musim cuti serta perayaaan.

"Ini beg yang ke-99, yang tak tahu kenapa dia warna kuning... sebab itu darah platelet dan plasma yang sudah diasingkan daripada darah merah oleh mesin. Tak perlu ketawa atau buat jenaka, kita semua ada darah ini kecuali keturunan Mahsuri.

"Ada izin ALLAH SWT, insya-ALLAH dua minggu lagi panjang umur sihat badan boleh genapkan 100. Banyaknya derma darah? Tak banyak pun.

"Tadi baru sembang dengan staf Pusat Darah Negara, rekod sekarang penderma darah paling banyak dah 800 kali dan masih aktif menderma. Selagi sihat dan mampu nikmat kesihatan boleh dikongsi pada yang memerlukan," katanya pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Azhan memaklumkan, umur maksimum bagi individu untuk menderma darah adalah 70 tahun, namun ia hanya terbuka kepada mereka yang tiada penyakit.

Ujarnya, hantaran yang dibuat bukan untuk bermegah dengan jumlah beg sudah diderma tetapi ia sebagai kesedaran kepada orang ramai supaya melakukan hal sama.

"Hantaran ini harap dapat menjentik lebih ramai untuk turut sama prihatin menderma darah. Tak kisah jika penderma darah utuh (wholeblood) atau penderma aferesis macam aku.

Artikel Berkaitan:

"Insya-ALLAH, sama-sama kita bantu yang memerlukan sambil tingkatkan kesihatan diri sendiri. Tiada paksaan hanya galakan, yang sihat dan layak jom menderma darah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!