Kes tipu dana: Polis rekod 16 keterangan, Papagomo dibebas dengan jaminan

Muhammad Azri atau Papagomo ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Bernama Gambar kecil: Razarudin
Muhammad Azri atau Papagomo ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Bernama Gambar kecil: Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merekodkan 16 keterangan individu untuk siasatan kes tipu wang dana dengan memanipulasi nama sebuah syarikat membabitkan blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua individu itu direkod keterangan bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu (Papagomo) juga telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai direkodkan.

“Siasatan sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya pada Sabtu.

Sinar Harian melaporkan Papagomo ditahan di rumahnya di Putrajaya awal pagi Jumaat oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Difahamkan, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan polis pada Julai lalu.

Dalam tangkapan itu, pihak polis dikatakan turut merampas telefon bimbit milik Papagomo sebelum dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi siasatan lanjut.

Berikutan itu, peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dalam kenyataan dilaporkan berkata, Wan Muhammad Azri ditahan kira-kira pada 1.30 pagi dan laporan ini terkait satu isu berkenaan syarikat Invoke Solutions.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!