Warga Bangladesh dalang sindiket pemerdagangan orang masuk 'jerat'

Kegiatan pemerdagangan manusia didalangi warga Bangladesh yang menjerat mangsa dari negara terbabit dibongkar, di sini, pada Rabu.(Gambar hiasan) Foto 123rf
Kegiatan pemerdagangan manusia didalangi warga Bangladesh yang menjerat mangsa dari negara terbabit dibongkar, di sini, pada Rabu.(Gambar hiasan) Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan pemerdagangan manusia didalangi warga Bangladesh yang menjerat mangsa dari negara terbabit dibongkar, di sini, pada Rabu.

Difahamkan, sindiket menjerat mangsa yang ingin mencari pekerjaan dengan mengenakan bayaran sehingga RM20,000 seorang.

Pembongkaran itu dijalankan sepasukan anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) serta Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi khas bermula jam 9.11 malam itu bertindak menyerbu tiga lokasi di Cheras.

Zakaria
Zakaria

"Risikan selama dua minggu itu menahan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 35 hingga 38 tahun dipercayai dalang utama sindiket.

"Turut ditahan seorang wanita Bangladesh dipercayai pasangan kepada salah seorang dalang utama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berjaya menyelamatkan 11 lelaki warga Bangladesh berusia 30 hingga 38 tahun yang dipercayai mangsa eksploitasi yang diperdagangkan untuk mendapatkan keuntungan.

Artikel Berkaitan:

Kata Zakaria, pihaknya turut merampas 17 pasport Bangladesh, 20 unit telefon bimbit, wang tunai sebanyak RM800 dan mata wang asing berjumlah AS$800, sebuah kenderaan jenis Proton Gen 2 dan Proton X70.

Tambahnya, modus operandi sindiket beroperasi sejak tiga bulan lalu ialah dengan membawa masuk warga Bangladesh yang ingin mencari pekerjaan di negara ini sebagai pelancong melalui pintu masuk udara dan segala urusan pasport, visa serta tiket penerbangan mangsa diuruskan oleh sindiket.

"Seterusnya mangsa akan dibawa dan ditempatkan di ‘rumah transit.’

"Kadar bayaran yang dikenakan oleh sindiket ialah RM15,000 untuk setiap orang dan tambahan RM5,000 seorang untuk membolehkan mangsa keluar dari ‘rumah transit'," ujarnya.

Tegasnya, tiga suspek lelaki warga Bangladesh akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta ATIPSOM 2007, manakala wanita terbabit disiasat di bawah Seksyen 15(4) Akta Imigresen 1959/63.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!