Farhatul Fairuzah kini bergelar isteri mutawif

Farhatul Fairuzah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz pada Sabtu. Foto Facebook Farhatul Fairuzah
Farhatul Fairuzah selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz pada Sabtu. Foto Facebook Farhatul Fairuzah
A
A
A

SHAH ALAM - Pendakwah yang juga juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut, 24, selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh abang pengantin perempuan yang berlangsung di sebuah ruang acara dan turut disiarkan secara langsung di TikTok.

Difahamkan, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak satu dinar emas.

Nor Farhatul berkongsi berita gembira itu di akaun media sosialnya dan berharap agar orang ramai mendoakan perkahwinan mereka berkekalan.

"Doakan kami Farhatul Fairuzah dan Ilham Amri, semoga hubungan dan perkahwinan ini berkekalan hingga ke syurga

"Alhamdulillah. Terima kasih buat semua yg menjayakan majlis ini menjadi lebih bermakna," katanya memetik hantaran di Facebook.

Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani ucapan tahniah dan titipan doa buat pasangan pengantin baharu itu.

Pasangan pilihan Farhatul, Ilham merupakan seorang mutawif di sebuah syarikat pelancongan dan umrah terkemuka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!