BN Perak tidak akan beri laluan mudah kepada Bersatu - Saarani

Saarani (tiga dari kiri) mengunjungi reruai pameran sempena Majlis Penutup Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban di sini, pada Sabtu.
Saarani (tiga dari kiri) mengunjungi reruai pameran sempena Majlis Penutup Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban di sini, pada Sabtu.
A
A
A

LENGGONG - Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memberikan laluan mudah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan keyakinan menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimana pun mengucapkan terima kasih kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendedahkan hasrat mereka untuk menawan Perak.

Menurutnya, dengan pemakluman awal itu memudahkan BN Perak membuat persiapan lebih awal.

"Baguslah dia umum awal, boleh kita bertahan. Dah tau dia nak lawan kita kan, jadi kita pun ada machine gun juga. Kita pun ada kelengkapan juga. Ia bukan mudah, sebut bolehlah. Takkan saya nak bagi percuma, betul tak?

"Politik ini tentang kuasa, semua orang nak menang, nak berkuasa dan akan cari jalan untuk memenanginya. Cuma silap mereka umum awal. Kita pun ada kita target negeri mana tapi tak boleh beritahu lagi," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Program Jelajah Sejahtera Desaku@Kota Tampan dan Kenduri Rakyat di Dataran Tasik Raban di sini pada Sabtu.

Pada 30 November lalu, media melaporkan Muhyiddin ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) mendedahkan Bersatu tidak menolak kemungkinan akan merampas tiga negeri pada PRU16.

Keyakinan itu disuarakan berdasarkan kepada sokongan yang semakin meningkat di negeri-negeri tersebut iaitu Perak, Pahang dan Selangor.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!