SKMM diminta teliti semula reka bentuk tapak menara Jendela - Fahmi

Fahmi (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Projek Theta Telecoms Sdn Bhd, Azrul Hisham Abdul Malek (kiri) ketika melawat tapak Menara Telekomunikasi Jendela di Kampung Sungai Lenek pada Sabtu. Foto Bernama
Fahmi (dua, kiri) mendengar penerangan daripada Pengarah Projek Theta Telecoms Sdn Bhd, Azrul Hisham Abdul Malek (kiri) ketika melawat tapak Menara Telekomunikasi Jendela di Kampung Sungai Lenek pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SEGAMAT - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan diminta untuk meneliti semula reka bentuk tapak menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), bagi mengatasi masalah banjir dan vandalisme.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.

Fahmi (kanan) menunjukkan Menara Telekomunikasi Jendela di Kampung Sungai Lenek. Foto Bernama
Fahmi (kanan) menunjukkan Menara Telekomunikasi Jendela di Kampung Sungai Lenek. Foto Bernama

"Sekiranya kita dapati perlu ditambah baik, maka saya akan minta tapak-tapak ini terutama yang kerap mengalami vandalisme...mesti ada sebab (sering menjadi mangsa vandalisme), sebabnya antara lain reka bentuk, sekiranya ada kesilapan pemilihan bahan dan rekaan tapak tersebut, saya meminta SKMM segera mengarahkan syarikat-syarikat berkenaan yang merupakan pelesen yang memegang lesen MCMC, mereka perlu bantu untuk menambah baik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak menara telekomunikasi Jendela Kampung Sungai Lenek, dekat sini pada Sabtu.

Beliau berkata, antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan ialah pemasangan pagar anti-climb dan kawad duri di tempat strategik, bagi mengelakkan pencerobohan tapak menara.

Fahmi berkata, pembinaan platform bagi meletakkan kotak elektrik di tapak menara bagi kawasan yang dilanda banjir juga perlu diteliti SKMM.

Beliau berkata, perbuatan vandalisme di kawasan tapak menara boleh diklasifikasikan sebagai satu jenayah, malahan pihak yang mengalami kerugian boleh mengambil langkah sivil terhadap mereka yang terlibat melakukan kerosakan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!