Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kandis
BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Kandis di sini pada petang Sabtu.
Mangsa, Muhd Naufal Arshad Muhd Aiman Hafiz, 8, dipercayai hilang ketika bermain di kawasan benteng batu di pantai itu pada jam 6.40 petang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Lokman Jusoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.49 petang berhubung kejadian itu.
“Seramai 12 anggota bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
"Keadaan ombak sangat tinggi dan setakat ini, kanak-kanak itu masih belum ditemukan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Operasi turut melibatkan kerjasama polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!