Harimau Malaya rebah diasak Gajah Perang di Bangkok

Kapten Harimau Malaya, Mohamed Syamer Kutty Abba ketika mengemudi pasukan berdepan Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu. Foto FAM
Kapten Harimau Malaya, Mohamed Syamer Kutty Abba ketika mengemudi pasukan berdepan Gajah Perang di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Sabtu. Foto FAM
A
A
A

[DIKEMAS KINI]REKOD tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada penyandang juara Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu.

Gol Thailand disumbangkan penyerang kelab Liga 1 Thailand, Muangthong United, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.

Kesilapan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain berusia 23 tahun kelahiran Oxelosund, Sweden itu setelah menyudahkan hantaran Suphanat Mueanta.

Penyokong Harimau Malaya membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan perlawanan ketiga Kumpulan A Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024, pasukan negara menentang Thailand, menerusi layar gergasi malam ini. Foto Bernama

Kemenangan juara tujuh kali itu membolehkan Gajah Perang kendalian Masatada Ishii memimpin Kumpulan A dengan enam mata manakala Malaysia turun ke tangga ketiga dengan empat mata dipintas Singapura.

Singapura yang mengharungi dua perlawanan naik ke tangga kedua selepas menewaskan Timur Laste, 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Hang Day, Hai Phong, Vietnam.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia melayan kunjungan Singapura bimbingan Tsutomu Ogura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini yang boleh disifatkan sebagai aksi tiada pilihan kecuali menang buat angkatan Pau Marti Vicente tersebut.

Sementara itu, Pau Marti bangga dengan semangat juang tinggi dipamerkan pemain Harimau Malaya, namun menyifatkan anak buahnya seharusnya mendapat keputusan lebih baik berdasarkan komitmen yang diberikan setiap pemain dalam perlawanan tersebut selepas mengharungi minggu yang mencabar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!