Slot tabik prestasi Liverpool di Anfield

Jota meledak jaringan penyamaan Liverpool ketika mengikat Fulham di Anfield. Foto Agensi
Jota meledak jaringan penyamaan Liverpool ketika mengikat Fulham di Anfield. Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Arne Slot memuji karakter dipamerkan pemain The Reds ketika bangkit ketinggalan untuk mengikat Fulham, 2-2 selepas beraksi dengan 10 tonggak pada minit ke-17 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Anfield.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kehilangan khidmat Andy Robertson setelah pemain Reds berkenaan melakukan terjahan terhadap Harry Wilson selepas Andreas Pereira meletakkan angkatan The Cottagers bimbingan Marco Silva di depan.

Malah, Slot yang tidak berpuas hati dengan kemenangan tipis Liga Juara-Juara di Girona menyifatkan ketabahan memacu tuan rumah bangkit sebanyak dua kali dalam perlawanan tersebut.

“Saya fikir ia betul-betul bertentangan dengan permainan menentang Girona, di mana saya gembira dengan keputusan (1-0), tetapi tidak dengan prestasi.

"Saya sangat gembira dengan persembahan pemain-pemain dalam perlawanan hari ini. Saya tidak boleh meminta lebih daripada ini.

"Ya, sudah tentu jika bukan dengan keputusan ini, kerana jika anda kehilangan mata dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Fulham, itu pastinya bukan apa yang anda harapkan dan mahukan pada ketika ini.

"Sejujurnya, apabila ketinggalan dua gol, banyak perkara yang tidak berpihak kepada anda, kecuali satu perkara, iaitu pemain pemain-pemain tampil cemerlang unruk kelab dan penyokong-penyokong kami hari ini,” kata Slot.

Cody Gakpo (m-47) menjaringkan gol penyamaan untuk Liverpool sebelum dipadamkan pemain gantian Rodrigo Muniz (m-76), kemudian sentuhan Diogo Jota minit ke-86 kembali menceriakan penyokong Reds di Anfield untuk kekal di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 36 mata daripada 15 perlawanan, lima mata di depan Chelsea.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!