Arteta kecewa Arsenal gagal atasi Everton di Emirates

Arteta
Arteta
A
A
A

ARSENAL sewajarnya meraih tiga mata ketika melayan kunjungan Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates di sebalik keputusan seri tanpa jaringan menentang kelab dari Merseyside tersebut.

Namun di sebalik itu, pengendali The Gunners, Mikel Arteta juga menegaskan masih berpuas hati dengan prestasi naib juara musim lalu tersebut yang berada di landasan terbaik mencabar kejuaraan musim ini.

"Ya, saya berasa sangat kecewa tidak memenangi perlawanan kerana jelas ada pasukan yang layak menang dalam perlawanan ini berdasarkan statistik, hanya Arsenal.

"Kami tidak memberikan apa-apa peluang kepada pasukan lawan. Tiada percubaan tepat, kami mendominasi permainan, tidak membenarkan mereka berlari, tiada set-piece. Tekanan tinggi kami juga sangat baik. Kami menjana peluang tetapi 20 meter terakhir gagal menjaringkan gol.

"Akhirnya apabila anda seri dalam permainan, anda mahukan lebih ternyata saya tidak boleh meminta lebih banyak daripada pemain selain daripada memasukkan bola ke dalam jaring pasukan lawan," kata Arteta.

Sebagai rekod, kelab London utara, yang mensia-siakan peluang untuk merapatkan jurang di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas pendahulu Liverpool turut seri di tempat sendiri dengan Fulham, menguasai penguasaan bola dan mempunyai peluang yang lebih baik tetapi tidak dapat menjinakkan Everton bimbingan Sean Dyche.

Keputusan itu menyaksikan The Gunners berada di tangga ketiga dengan 30 mata daripada 16 perlawanan, satu mata di belakang Chelsea kedua, yang menerima kunjungan Brentford pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!