GRS beri bayangan terus kerjasama dengan PH hadapi PRN Sabah - Hajiji

Hajiji ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengahari Bersama Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
Hajiji ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengahari Bersama Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Yang lain itu kita tengok, kalau fikiran mereka bagus, tidak gila, kita akan fikirkan sebab kita ini mahukan kebaikan, saya jadi Ketua Menteri dan yang saya mahu adalah perpaduan.

"Itu sebab saya tubuhkan GRS yang disertai oleh lapan komponen parti, walaupun di dalamnya terdapat parti yang kecil, tidak menang dalam PRN lepas, tapi niat saya baik, untuk kita satu hati.

"Cukuplah dengan pelajaran kita di masa-masa yang lalu. Misi saya sekarang mahu baik dengan orang, kita kumpulkan presiden-presiden parti yang ada dan bukan senang mengurus ini, memang penat tapi Insya-ALLAH mereka juga sudah menyatakan komitmen dengan GRS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Tengahari Bersama Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sempena Hari Natal di sini pada Sabtu.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, beliau juga sudah memaklumkan kedudukan GRS yang pasti akan menang dalam PRN akan datang kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Hajiji mengingatkan semua ahli partinya untuk terus merapatkan barisan perpaduan dan fokus bekerja bagi persiapan menghadapi PRN akan datang.

Artikel Berkaitan:

"Bulan Oktober adalah adalah bulan berakhirnya tempoh kerajaan ini. Ini bermakna kita boleh bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum itu ataupun pada waktu itu," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!