Eyra kecewa Haziq Nadzli terima kecaman melampau

Eyra Hazali kecewa apabila netizen menghina suaminya, Haziq Nadzli susulan menjadi punca kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu.
Eyra Hazali kecewa apabila netizen menghina suaminya, Haziq Nadzli susulan menjadi punca kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu.
A
A
A

ISTERI kepada penjaga gol negara, Muhammad Haziq Nadzli iaitu Eyra Hazali kecewa apabila netizen menghina suaminya itu susulan menjadi punca kekalahan Harimau Malaya kepada Thailand dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN pada Sabtu.

Menurutnya, kecaman yang dilemparkan itu boleh diterima tetapi jika sehingga mendoakan suaminya lumpuh selain melibatkan anak-akan sangat melampau.

"Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima. Tetapi, hinaan mendoakan suami saya lumpuh, melibatkan anak-anak kami adalah melampau.

"Saya berdoa semoga doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga. Dan ya Haziq akan sentiasa mendapat sokongan kami," katanya dalam InstaStory miliknya.

Dalam perlawanan itu, Thailand berjaya menewaskan Malaysia 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.

Jaringan tunggal Thailand itu hasil jaringan Patrik Gustavsson pada minit ke-57 berpunca kesilapan Haziq ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya.

Kesilapan dilakukan penjaga gol berusia 26 tahun itu menyaksikan dia menjadi mangsa kecaman netizen selepas perlawanan berakhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!