Penyokong Malaysia diserang selepas aksi menentang Thailand

Penyokong Malaysia terpaksa berlindung dalam kawasan stadium sehingga keadaan terkawal. Foto video tular di media sosial
Penyokong Malaysia terpaksa berlindung dalam kawasan stadium sehingga keadaan terkawal. Foto video tular di media sosial
A
A
A

SEKUMPULAN penyokong Malaysia berdepan detik cemas di Stadium Rajamangala, Bangkok selepas menjadi mangsa provokasi dan diserang oleh sekelompok kecil penyokong Thailand.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku selepas perlawanan membabitkan Malaysia dan Thailand di stadium itu yang turut mendatangkan kecederaan kepada beberapa penyokong Malaysia.

Berdasarkan video yang tular di laman media sosial, penyokong Malaysia terpaksa berlindung dalam kawasan stadium sambil diawasi oleh polis Thailand sehingga keadaan selamat.

Difahamkan, beberapa penyokong yang cedera itu telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam perlawanan itu, Malaysia tewas kepada Thailand 0-1 sekali gus menyaksikan skuad negara jatuh ke kedudukan ketiga Kumpulan A.

Sebelum ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente itu seri 2-2 dengan Kemboja di Phnom Penh dan menang ke atas Timor Leste 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malaysia akan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan terakhir Jumaat ini dan perlu menang untuk mengesahkan tempat ke pusingan separuh akhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!