'Daripada parti dibentuk di jalan raya, sekarang PKR ketuai kerajaan'

 Lee Chean Chung
Lee Chean Chung
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan dengan pelbagai penderitaan sebelum berjaya membentuk kerajaan termasuk perpecahan dalaman akibat pengkhianatan yang mengutamakan kepentingan diri.

Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung berkata, cabaran lain turut melibatkan pimpinan parti tersebut dipenjarakan dan mengalami kekalahan dalam pilihan raya terdahulu.

“Daripada parti terbentuk di jalan raya, PKR melalui penderitaan perpecahan dalaman akibat daripada pimpinan khianat kerana dari mulanya sosok-sosok ini mengutamakan kepentingan diri daripada kepentingan majoriti.

"Sekarang PKR sudah mengetuai Kerajaan Madani bersama rakan parti perpaduan. Kekuatan kita, selain idealisme yang dipegang sejak zaman reformasi, kekentalan dan daya inovasi terlatih daripada zaman oposisi, adalah pendamaian serta perpaduan dalaman parti,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Ahad.

Ujar Chean Chung, kelebihan dari segi perpaduan dalam kekuatan kepimpinan dapat menjadi faktor yang mengangkat parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Saya yakin dengan budaya merangkul semua kekuatan yang ada pada setiap pemimpin dari pelbagai latar belakang, PRK akan terus bersinar dan selalu berada di depan gelombang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!