'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO

Amal menyeru pemimpin menekankan sifat jujur dalam bersahabat. - Foto fail/Facebook/Nurul Amal Mohd Fauzi
Amal menyeru pemimpin menekankan sifat jujur dalam bersahabat. - Foto fail/Facebook/Nurul Amal Mohd Fauzi
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Dalam satu kenyataan, Amal memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.

Mengulas lanjut, Amal menyeru pemimpin menekankan sifat jujur dalam bersahabat.

Tambahnya, semua pihak diingatkan untuk mengambil pengajaran bahawa rosaknya politik negara akibat daripada sikap mementingkan diri oleh sebilangan pemimpin politik.

“Berkawan biar jujur, ambil pengajaran rosaknya politik negara akibat daripada sikap pentingkan diri sebilangan pemimpin politik,” katanya.

Dalam masa sama, Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

“UMNO bukan parti yang boleh ditendang sana sini, kita ada maruah kita.

Artikel Berkaitan:

“Jika ada ‘kawan’ yang dalam kerajaan sendiri tidak mampu menghormati UMNO dan BN dengan mengambil ahli parti kawan sendiri maka seharusnya kita perlu kaji semula hubungan ini,” katanya dalam hantaran di Facebooknya di sini, pada Ahad.

Muhamad Akmal turut mengimbas situasi ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN), di mana terdapat usaha parti tertentu untuk menarik ahli UMNO.

Sejak beberapa hari lalu, tular khabar angin mengaitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bakal menyertai PKR.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan tiada sebarang permohonan daripada Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti itu. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!