Pau Tanjong Malim
Pengunjung yang hadir memilih pau di gerai jualan pada Program Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 di Persisiran Sungai Bernam di Tanjong Malim.
Penganjuran Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) bertujuan mempamerkan keistimewaan dan keunikan tersendiri kuih pau yang telah wujud di daerah itu sejak 1926.
Yang Dipertua MDTM, Mohd Ikram Ahmad berkata Tanjong Malim sememangnya sinonim dengan pembuatan dan pengkomersialan kuih sehingga diberi julukan 'pekan pau' dengan rata-rata penduduk tempatan atau pelancong daripada pelbagai lapisan masyarakat datang ke daerah itu hanya untuk menikmati kuih pau. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!