Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan

Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.
Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.
A
A
A

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, pembatalan itu membabitkan kenaikan kadar tambang yang ditetapkan bagi warganegara Malaysia.

Bagaimanapun, jelasnya, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan dikuatkuasakan mulai tahun hadapan.

"Atas nasihat Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah, maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.

"Bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd dilapor mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Kenaikan itu adalah di antara RM3 hingga RM10.50 sehala mengikut kategori penumpang dan laluan perjalanan.

Media kemudian melaporkan Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Artikel Berkaitan:

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya berasa kesal dengan tindakan terburu-buru yang diambil oleh pengusaha feri Langkawi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!