Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa

Abdul Hadi (kanan) ketika pertemuan khas dengan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI).
Abdul Hadi (kanan) ketika pertemuan khas dengan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI).
A
A
A

SHAH ALAM - Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, diharapkan perjumpaan berkenaan membawa harapan besar kepada kedua-dua pihak dalam memperjuangkan kepentingan umat Islam sejagat.

“Pertemuan berlangsung dalam suasana ukhuwah yang erat, memperlihatkan keakraban antara dua gerakan Islam yang mempunyai matlamat perjuangan sama, iaitu menegakkan keadilan dan membawa kesejahteraan kepada umat Islam.

“Delegasi BJI telah meminta pandangan dan nasihat daripada Presiden (Abdul Hadi) berhubung perubahan politik yang sedang berlaku di Bangladesh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Diharapkan perjumpaan berkenaan membawa harapan besar kepada kedua-dua pihak. Foto: Facebook Muhammad Khalil
Diharapkan perjumpaan berkenaan membawa harapan besar kepada kedua-dua pihak. Foto: Facebook Muhammad Khalil

Delegasi BJI itu diketuai oleh Presidennya, Dr Shafiqur Rahman bersama dua Penolong Setiausaha Agung iaitu Maulana Rafiqul Islam dan Hamidur Rahman.

Dalam pada itu, Muhammad Khalil memberitahu bahawa Abdul Hadil turut berkongsi pandangan yang mendalam mengenai strategi perjuangan politik matang dan sejahtera.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan agar perjuangan politik berteraskan Islam terus berlandaskan kesabaran, hikmah dan hubungan erat dengan rakyat.

“Delegasi BJI menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap pandangan bernas Presiden (Abdul Hadi) yang dianggap sebagai pedoman penting dalam mendepani cabaran politik semasa di Bangladesh,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!