BN Pulau Pinang cadang kerajaan tubuh Yayasan ASEAN
BUTTERWORTH - Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mencadangkan kerajaan agar mewujudkan Yayasan ASEAN sebagai legasi buat negara yang bakal menerajui kesatuan itu pada tahun hadapan.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, resolusi itu dicapai dalam Konvensyen BN Pulau Pinang yang diadakan pada Ahad bertujuan untuk mewujudkan yayasan bagi mengumpul dana dalam menangani permasalahan bencana alam yang berlaku di negara-negara anggota.
"Dengan menggunakan dana yang ada, ia dapat terus membantu negara-negara yang ditimpa musibah.
"Penubuhan Yayasan ASEAN ini tujuannya supaya dana dapat dikumpulkan terutamanya dalam menangani permasalahan bencana alam yang dialami oleh negara-negara dalam Asean.
"Bantuan yang disalurkan tidak memerlukan peruntukan secara terus kepada negara-negara berkenaan tetapi sebaliknya menggunakan dana daripada Yayasan ASEAN ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvesyen BN Pulau Pinang di Pusat Konvesyen PICCA di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, yayasan itu juga berperanan dalam menguruskan masalah transplan dan derma organ dikalangan negara ASEAN.
"Kita dapati bahawa ASEAN adalah antara rantau yang paling kurang penyertaan derma organ dikalangan rakyat negara ASEAN berbanding dengan EU dan wilayah yang lain.
"Oleh demikian kami ada cadangkan supaya sekiranya ada transplan buah pinggan dan lain-lain keperluan organ ini dikalangan negara Asean, yayasan ini dapat mengumpulkan dan menguruskannya demi kepentingan bersama," katanya lagi.
Selain itu, katanya Yayasan ASEAN juga boleh menyediakan biasiswa yang boleh ditawarkan kepada rakyat negara-negara anggota untuk melanjutkan pengajian selain beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian.
Bagaimanapun katanya, cadangan ini perlu mendapatkan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memperhalusi dengan Setiausaha Agung ASEAN dan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!