'UMNO tidak benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan'

 Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM - Pendirian UMNO tetap tegas dan tidak akan sesekali menerima atau membenarkan perlakuan ‘lompat-melompat’ ahli mana-mana parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO memandang serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan terdapat perbincangan awal mengenai Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai PKR.

Beliau yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata, budaya mengambil ahli atau pemimpin parti lain hanya akan mencetuskan perbalahan dan pertelingkahan yang boleh menggugat kestabilan gabungan parti.

"Cukuplah pengalaman pahit lampau dalam permuafakatan politik lalu yang meruntuhkan kerajaan akibat perlakuan khianat, lompat-melompat, serta mencuri ahli sesama parti dalam permuafakatan," katanya.

Asyraf Wajdi berkata, Anwar telah pun merujuk dan meminta pandangan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Anwar pada Ahad mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke dalam PKR.

Presiden PKR itu dilaporkan berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain, termasuk UMNO, tidak terjejas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!