Al Rajhi Bank sumbang RM200,000 wakalah melalui program Zakat & Wakaf Run 2024

Lebih 3,000 peserta sertai program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.
Lebih 3,000 peserta sertai program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah wakalah bernilai RM200,000 disumbang Al Rajhi Banking Investment Corporation (Malaysia) BHd (Al Rajhi Bank) menerusi program Zakat & Wakaf Run 2024 yang disertai lebih 3,000 peserta di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berkata, wakalah tersebut melibatkan beberapa pecahan sumbangan termasuk Bakul Rezeki kepada 100 asnaf dan 200 karton susu UHT buat pelajar sekolah.

“Selain itu, terdapat juga pemberian kewangan kepada 100 mualaf dan 91 ahli Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia (Pertis).

“Turut disumbangkan Gerobok Rezeki kepada Universiti Malaya (UM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) serta masjid-masjid,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Abdul Hakim (kanan) menerima wakalah bernilai RM200,000 ketika program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.
Abdul Hakim (kanan) menerima wakalah bernilai RM200,000 ketika program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.

Tambah PPZ-MAIWP, dalam program sama, turut diadakan simbolik pelepasan pasca banjir serta serahan sumbangan wakalah Al Rajhi Bank bernilai RM100,000.

Ujarnya, ia disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Al Rajhi Bank, Syahrul Ishak kepada Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Samsudin.

Menurutnya, program anjuran bersama Al Rajhi Bank itu merupakan usaha menjadikan zakat dan wakaf sebagai budaya dalam kalangan masyarakat di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Artikel Berkaitan:

“Pelepasan acara larian tiga, lima dan tujuh kilometer (km) dilakukan serentak oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman serta Syahrul.

“Acara ini juga menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah seperti motosikal, televisyen, basikal, telefon bimbit, multicooker dan hamper untuk peserta yang menyertai larian tersebut.

“Selain itu, disediakan juga kaunter bergerak zakat dan wakaf serta kaunter perkhidmatan Al Rajhi Bank,” katanya.

Lebih 3,000 peserta sertai program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.
Lebih 3,000 peserta sertai program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran DBKL pada Ahad.

Dalam pada itu, PPZ-MAIWP mengajak orang ramai agar segera menunaikan zakat sebelum atau pada 31 Disember ini bagi mendapatkan 100 peratus rebat cukai pendapatan selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sempena Kempen Year End Zakat.

Lebih 3,000 peserta sertai program Zakat & Wakaf Run 2024 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!