Generasi baharu ejen bina negara bebas rasuah

Antara yang hadir majlis penutupan Program Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pengajian Tinggi Zon Timur 2024 di Auditorium Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada Sabtu.
Antara yang hadir majlis penutupan Program Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pengajian Tinggi Zon Timur 2024 di Auditorium Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN – Generasi baharu diseru untuk memikul amanah besar dalam memastikan Malaysia kekal maju dan bebas daripada belenggu rasuah kata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azmi Kamaruzaman.

Beliau berkata, golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi mempunyai peranan penting sebagai ejen perubahan dalam membina masa depan negara yang berintegriti.

"Zaman kami dulu tiada program sebegini, kita tidak faham kalau bercerita pasal rasuah itu macam mana. (Tapi) kita percaya generasi baharu (generasi Z) didedahkan dengan bahaya rasuah sejak di universiti.

"Mungkin anda sekarang (masih) tidak nampak tetapi cuba buka minda seluasnya dan anda akan nampak ke mana hala tuju negara jika isu integriti ini tidak ditangani.

"Jika dilihat kepada negara-negara maju yang dapat menangani isu integriti, mereka akan maju ke hadapan berbanding kita yang sudah bertahun tidak selesai.

"Jadi, kepertanggungjawaban untuk masa depan negara terletak pada anda semua," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Program Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pengajian Tinggi Zon Timur 2024 di Auditorium Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Audit, bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) Dr Othman Abdullah termasuk seramai 88 peserta daripada beberapa universiti terlibat kem yang dianjurkan itu

Artikel Berkaitan:

Azmi berkata, kem AMAR adalah inisiatif penting untuk mempersiapkan penuntut dengan pengetahuan dan kesedaran tentang isu-isu integriti yang semakin mencabar dalam kehidupan moden.

“Setiap daripada kita melalui zaman perubahan. Generasi Z adalah generasi yang akan duduk di pentas sebagai pemimpin, penceramah, dan pembuat dasar.

"Oleh itu, tanggungjawab memperkasakan integriti kini berada di tangan anda semua,”jelas beliau lagi.

Menyentuh mengenai kerjasama dengan BPMB, Azmi berkata sehingga ke hari ini, sebanyak 27 syarikat di seluruh negara telah menyertai program ini sebagai rakan penyokong SPRM.

Tambahnya, BPMB adalah syarikat ke 28 dan merupakan institusi kewangan pertama yang mengambil peluang ini dengan memilih pelajar Institusi Pengajian Tinggi sebagai kumpulan sasar.

Caption: Azmi bersama 88 peserta pada

majlis penutupan Program Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institusi Pengajian Tinggi Zon Timur 2024 di Auditorium Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) di sini, pada Sabtu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!