'Sudah tiba masanya' - Akmal Saleh
SHAH ALAM – “Sudah tiba masanya”, kata Ketua Pemuda, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh.
Tanpa menerangkan maksud kenyataan itu, Akmal menerusi kenyataan di Facebooknya menegaskan memang terdapat usaha untuk mencuri ahli parti kawan dalam Kerajaan Perpaduan.
Beliau berkata, perkara itu disahkan menerusi pengakuan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat perbincangan perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke dalam PKR.
“Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri tetapi beliau menolak sebab atas prinsip ikhlas dan tidak mahu mengkhianati kawan.
“Adakah keikhlasan Datuk Seri Ahmad Zahid itu dibayar sebegini rupa,” ujarnya.
Anwar pada Ahad mengesahkan wujudnya perbincangan awal berhubung penyertaan Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ke dalam PKR.
Presiden PKR itu dilaporkan berkata, prinsip parti adalah terbuka kepada mana-mana pemimpin yang mampu memberi sumbangan kepada parti, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti lain, termasuk UMNO, tidak terjejas.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!