Wanita UMNO tolak budaya lompat parti

Noraini
Noraini
A
A
A

PUTRAJAYA - Wanita UMNO menolak budaya politik lompat parti yang mencalar integriti dan meracuni kesatuan.

Tegas Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, semua pemimpin dan pemain politik perlu kembali kepada nilai yang lebih tinggi iaitu keikhlasan, kejujuran dan tanggungjawab terhadap rakyat dipimpin.

"Politik bukan sekadar soal kuasa tetapi amanah yang dipikul demi masa depan bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, kestabilan politik bukan sekadar satu keperluan sebaliknya ia tanggungjawab bersama yang menjadi kunci kepada kemajuan, keyakinan rakyat dan kemakmuran negara.

"Setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan membawa peranan dan amanah penting yang mesti dihormati oleh semua pihak," kata Noraini.

Jelasnya, UMNO berdiri teguh di atas prinsip kepercayaan dan kerjasama seperti ditekankan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kerajaan ini terbina atas asas perpaduan yang memerlukan keikhlasan bukan percaturan politik yang merosakkan," katanya.

Tambah beliau, Wanita UMNO bertekad untuk memperkukuhkan kesatuan parti, mempertahankan kestabilan politik dan memastikan budaya lompat parti ini dihentikan.

Artikel Berkaitan:

"Kita perlu fokus kepada agenda yang lebih besar untuk memajukan negara dan membela rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!