HONOR berjaya daki ke tempat Top-3 tandingi Samsung dalam segmen pasaran premium

No Image Caption
A
A
A

Pasaran telefon pintar premium kini digemparkan dengan kemunculan HONOR yang berjaya mencuri perhatian apabila ‘berjaya’ melonjak secara mendadak dan ‘mencuri’ pengguna Samsung yang beralih kepada jenama ini.

Statistik menunjukkan lonjakan sebanyak 100 peratus dalam kalangan pengguna Samsung yang beralih arah memilih HONOR Magic Series, sekali gus menggugat kedudukan Samsung dalam pasaran di negara ini.

HONOR dominasi pasaran

Sesuatu yang mengejutkan telah berlaku tahun ini apabila HONOR kini merupakan satu-satunya jenama yang mencatat pertumbuhan dalam kalangan tiga jenama teratas telefon pintar premium di Malaysia.

Data pihak ketiga menunjukkan sejak 2022, Samsung secara perlahan kehilangan dominasi pasaran kepada HONOR yang berjaya menarik pengguna telefon pintar premium, termasuk dari kalangan pengguna Samsung dan iPhone.

Jumlah pengguna HONOR Magic6 Pro yang beralih dari Samsung meningkat dua kali ganda berbanding model sebelumnya.

No Image Caption

Selain itu, 26 peratus pengguna HONOR Magic V2 juga terdiri daripada bekas pengguna Samsung, menunjukkan bahawa jenama ini semakin menarik perhatian peminat telefon pintar premium.

Artikel Berkaitan:

Strategi berbeza formula kejayaan pasaran premium

Berbeza dengan jenama China lain, 70 peratus jualan telefon pintar HONOR terdiri daripada model pertengahan ke premium.

Sejak 2023, HONOR Magic Series berjaya mengekalkan kedudukan sebagai salah satu daripada tiga jenama teratas di pasaran telefon pintar premium bernilai RM4,000 – RM5,000 dan hanya berada di belakang iPhone Pro serta Galaxy S.

HONOR yang pernah dianggap sebagai sub-jenama Huawei, kini telah membuktikan keupayaannya untuk menghasilkan telefon pintar premium yang berkualiti tinggi dan bersaing dengan jenama terkemuka dunia.

Revolusi teknologi dengan HONOR Magic Series

HONOR kini berada di barisan hadapan industri dengan memperkenalkan pelbagai inovasi teknologi yang mengubah ‘padang permainan’ telefon pintar premium di Malaysia.

No Image Caption

Dengan HONOR Magic V3, jenama ini mencipta telefon boleh lipat paling nipis di dunia, setebal hanya 4.35mm tanpa mengkompromikan prestasi dan hayat bateri. Kejayaan telefon ini sekaligus telah mengubah persepsi umum bahawa telefon boleh lipat adalah besar dan berat.

Bukan itu sahaja, HONOR Magic Series turut menampilkan ciri canggih seperti AI Magic Portal, AI Notes, Falcon Capture untuk rakaman momen sepantas milisaat serta teknologi fotografi potret elegan hasil kerjasama dengan studio fotografi legenda Perancis, Harcourt. Skrin perlindungan mata yang inovatif juga menjadi salah satu keistimewaan utama HONOR.

Pelaburan besar R&D demi masa depan

Kehebatan HONOR tidak terhenti di situ. Dengan 60 peratus daripada 13,000 kakitangan globalnya bekerja dalam bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D), HONOR terus memacu inovasi, terutamanya dalam teknologi bateri silikon-karbon yang meningkatkan kepadatan tenaga bateri.

Sikap inilah menjadikan HONOR sebagai jenama yang bukan sahaja berdaya saing, tetapi juga komited untuk membawa manfaat kepada pengguna di seluruh dunia.

No Image Caption

HONOR menyasar untuk mengatasi jualan HONOR Magic7 Pro apabila flagship terbaharu ini dilancarkan pada suku pertama 2025. Dengan meghasilkan produk dan memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa secara konsisten, HONOR telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasaran telefon pintar Malaysia,” kata Justin Li, Pengarah Negara HONOR Malaysia.

HONOR Magic Series jelas menjadi pencabar baharu yang hebat dalam pasaran telefon pintar premium. Dengan teknologi terkini, reka bentuk inovatif dan strategi pasaran yang mantap, HONOR kini menjadi pilihan utama pengguna yang dahulunya setia hanya kepada Samsung dan iPhone.

Jika momentum ini berterusan, HONOR bakal mencipta nama besar di arena telefon pintar global. Jadi, adakah HONOR akan jadi pilihan anda untuk telefon pintar seterusnya?

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!