Empat sekawan leka hisap dadah ditahan

Seng Lee (tengah), menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas hasil serbuan berkenaan. Foto IPD Kulai
Seng Lee (tengah), menunjukkan bungkusan dadah yang dirampas hasil serbuan berkenaan. Foto IPD Kulai
A
A
A

KULAI - Polis menahan empat lelaki yang sedang leka menghisap dadah dalam serbuan di Jalan Seelong-Ulu Tiram di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, kesemuanya yang berusia antara 33 hingga 49 tahun ditahan bersama empat peket dadah disyaki heroin seberat 1,036 gram.

"Ketika serbuan, mereka cuba melarikan diri namun gagal selepas dikepung pihak polis. Mereka juga dipercayai baru selesai mengambil dadah di kawasan itu.

"Siasatan awal mendapati mereka adalah penganggur dan mendapatkan bekalan dadah dari luar daerah ini," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Menurut beliau, empat sekawan itu didapati positif dadah jenis morfin selain memiliki empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah.

Seng Lee berkata, dalam operasi berasingan, pihaknya menahan lelaki berusia 43 tahun bersama 21.78 gram dadah disyaki heroin di Lorong Bahagia, Bukit Batu di sini pada awal pagi Sabtu.

Beliau berkata, menerusi kedua-dua serbuan itu, polis merampas dadah berjumlah RM11,600, yang dipercayai boleh digunakan sebanyak 2,000 penagih.

Kesemua lima lelaki terbabit, katanya kini direman hingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!