Operasi 'payung cantik' Pantai Telok Kemang ditunda Januari depan

Jangkaan sepatutnya payung pantai lebih cantik itu beroperasi pada hari ini namun terpaksa ditunda kepada 11 Januari tahun hadapan. Gambar kecil: Arul
Jangkaan sepatutnya payung pantai lebih cantik itu beroperasi pada hari ini namun terpaksa ditunda kepada 11 Januari tahun hadapan. Gambar kecil: Arul
A
A
A

PORT DICKSON - Pengoperasian payung pantai yang lebih cantik di Pantai Telok Kemang di sini ditunda pada awal Januari tahun hadapan berikutan berlaku kelewatan dalam mendapatkan bekalan payung berkenaan.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, jangkaan sepatutnya ia beroperasi pada hari ini namun terpaksa ditunda kepada 11 Januari tahun hadapan.

Pengoperasian payung pantai yang lebih cantik di Pantai Telok Kemang di sini ditunda pada awal Januari depan berikutan berlaku kelewatan dalam mendapatkan bekalan payung berkenaan.
Pengoperasian payung pantai yang lebih cantik di Pantai Telok Kemang di sini ditunda pada awal Januari depan berikutan berlaku kelewatan dalam mendapatkan bekalan payung berkenaan.

"Bekalan payung pantai untuk disumbangkan kepada peniaga Telok Kemang dijangka akan sampai pada 6 Januari dan mereka akan dibenarkan berniaga payung pantai mulai Sabtu minggu tersebut bagi menggantikan khemah biru.

"Telah berlaku kelewatan dalam mendapatkan bekalan, maka tarikh permulaan telah dilambatkan. Tetapi sehingga itu khemah jenis lain pun tidak dibenarkan seperti mana sebelum ini dipasang di lokasi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pengunjung masih kekal menikmati suasana pemandangan pantai yang luas dan cantik tanpa halangan khemah biru.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pengunjung masih kekal menikmati suasana pemandangan pantai yang luas dan cantik tanpa halangan khemah biru.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati pengunjung masih kekal menikmati suasana pemandangan pantai yang luas dan cantik tanpa halangan khemah biru.

Malah rata-rata individu yang ditemui turut meluahkan perasaan gembira selain berharap pemasangan 'payung cantik' di lokasi seperti mana yang ditetapkan kerajaan Negeri Sembilan itu nanti tidak menghalang pemandangan.

Artikel Berkaitan:

Peniaga makanan bergoreng, Zabedah Mustafa, 50, berkata, lebih 10 tahun lalu peniaga pantai berkenaan pernah menggunakan payung pantai namun ia berubah mengikut peredaran zaman.

Zabedah
Zabedah

"Saya menyokong sahaja apa yang ditetapkan kerajaan asalkan pantai ini meriah dengan pengunjung dan jualan kami laris," katanya.

Seorang lagi peniaga, Amirul Alif Kamal, 25, turut senada dengan Zabedah selain berharap tiada lagi isu berkaitan kerana pantai berkenaan masih menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah.

Amirul Alif berharap tiada lagi isu berkaitan kerana pantai berkenaan masih menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah.
Amirul Alif berharap tiada lagi isu berkaitan kerana pantai berkenaan masih menjadi pilihan pengunjung untuk beriadah.

Media sebelum ini melaporkan, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menyediakan kawasan khas untuk penempatan payung pantai yang lebih cantik dan tersusun melibatkan sebahagian kecil Pantai 2 Telok Kemang dan Pantai 3 Telok Kemang pada 16 Disember.

MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.

Setiap plot berukuran 12 meter x 6 meter (40 kaki x 20 kaki) ditetapkan bagi peniaga menjalankan perniagaan sewaan payung pantai dan kerja naik taraf dan penyediaan plot itu telah dilakukan pada 18 November lepas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!