Hujan berterusan tiga hari dijangka melanda empat negeri bermula Isnin - MetMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini. Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari dijangka berlaku di empat negeri bermula hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh negeri Kelantan dan Terengganu manakala Pahang melibatkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).

Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca sama mungkin terjadi di Sarawak yang membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga 22 Disember. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!