Tambahan kuota haji: Arab Saudi belum beri jawapan

Syed Hamadah ketika sidang akhbar Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H di Menara TH Tun Razak pada Isnin.
Syed Hamadah ketika sidang akhbar Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H di Menara TH Tun Razak pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Arab Saudi masih belum memberi jawapan berhubung permohonan penambahan kuota haji negara.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pihaknya masih lagi menunggu keputusan permohonan tersebut dan akan memaklumkan sekiranya mendapat jawapan daripada negara berkenaan.

"TH sentiasa memohon kuota haji tambahan namun masih belum ada jawapan daripada kerajaan Arab Saudi mengenai kuota tersebut.

"Dari masa ke masa kita akan maklumkan kalau ada apa-apa (berita mengenai) kuota tambahan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar Majlis Pengumuman Kos Haji, Bayaran Haji dan Bantuan Kewangan Haji 1446H di Menara TH Tun Razak pada Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat memaklumkan bahawa Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.

Mohamad berkata, permohonan berkenaan disampaikan semasa pertemuan beliau dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.

Menurut Syed Hamadah, surat tawaran haji bagi tahun 1446H/2025M akan dikeluarkan kepada 31,600 jemaah secara berperingkat mulai hari ini.

Artikel Berkaitan:

"Bakal jemaah perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab tawaran," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!