Terengganu dijangka kembali dilanda banjir esok

Situasi banjir yang melanda Terengganu pada 1 Disember lalu. Foto Bernama
Situasi banjir yang melanda Terengganu pada 1 Disember lalu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka mengalami banjir gelombang ketiga pada esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal berlaku sehingga Khamis ini.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Hanafiah Mat menyatakan penduduk yang menetap dalam lingkungan kira-kira lima kilometer dari lembangan sungai utama di empat daerah iaitu Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu paling berisiko terjejas banjir.

"Jadi penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada selaim mendengar arahan pihak berkuasa sepanjang tempoh tersebut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Hanafiah berkata, kawasan paling berisiko banjir di Besut ialah Kampung Pok Sik; Kampung Belaoh; Felcra Keruak Kampung La; Chegar Batang; Pasir Akar; Jerubun; Bukit Payung dan Batu 13.

Beliau memaklumkan di Kemaman pula melibatkan Padang Kubu; Pelantoh; Kampung Tebak; Batu 16 Tebak dan Kampung Sungai Mas, juga berkemungkinan terjejas akibat bencana tersebut.

“Di Hulu Terengganu, saya juga menasihatkan penduduk Paloh Nyior; Bukit Taduk; Kampung Matang; Kepah; Pasir Dula; Tengkawang; Kuala Ping; Tok Lawit; Nibong; Kuala Telemong turut berwaspada.

“Selain itu, kawasan lain di Hulu Terengganu yang turut berisiko ialah Sekayu; Pelandan; Cheting; Menjing; Durian Bador; Padang Setar; Kampung Pengkalan Ajal; Paya Besar; Menerong; Kua; Peneh; PPSK Gunung Menerong; Lenjang dan Kampung Betong.

"Di Setiu pula, Kampung Langkap; Kampung Chalok Kedai; Batu 29; Gong Terap; Lubuk Panjang dan Felda Kampung Rahmat dikhuatiri dilanda banjir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!