MPV terjunam dalam sungai

Apabila melalui lokasi kejadian, MPV dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan telah terjunam masuk ke dalam Sungai Durian, Kuala Krai.
Apabila melalui lokasi kejadian, MPV dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan telah terjunam masuk ke dalam Sungai Durian, Kuala Krai.
A
A
A

KUALA KRAI - Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 6.23 petang itu mangsa berusia 28 tahun difahamkan memandu MPV jenis Proton Exora secara bersendirian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati kenderaan yang dipandu mangsa dari arah Batu Jong menghala ke rumahnya di Taman Sri Bahagia.

"Apabila melalui lokasi kejadian, MPV dipandu lelaki itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan telah terjunam masuk ke dalam sungai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Dalam kejadian jam 6.23 petang itu mangsa berusia 28 tahun difahamkan memandu MPV jenis Proton Exora secara bersendirian.
Dalam kejadian jam 6.23 petang itu mangsa berusia 28 tahun difahamkan memandu MPV jenis Proton Exora secara bersendirian.

Menurut beliau, mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian.

Ujarnya, hasil pemeriksaan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, Kuala Krai pada Ahad.
Tindakan pantas penduduk kampung berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, Kuala Krai pada Ahad.

Mazlan memberitahu, kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu lintas Jalan 1959(Rule 10 LN 166/59) dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menyalurkannya ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Krai bagi membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!