Datuk, nenek, ayah 'pergi' tinggal Athiyyah Nur Sofia

Gambar kenangan Athiyyah Nur Sofia Muhammad Izuddin, 5, bersama nenek, datuk dan bapanya.
Gambar kenangan Athiyyah Nur Sofia Muhammad Izuddin, 5, bersama nenek, datuk dan bapanya.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak perempuan menjadi yatim piatu apabila tiga ahli keluarganya termasuk bapa maut dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi – Mersing berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya pada malam Ahad.

Kemalangan itu meragut nyawa bapa Athiyyah Nur Sofia Muhammad Izuddin, 5, iaitu Muhamad Izuddin Md Yusuf, 36, serta datuk, Md Yusuf Mukhtar, 71, dan neneknya, Rosnah Salleh, 65.

Bagaimanapun Athiyyah Nur Sofia yang turut terlibat dalam kemalangan itu selamat.

Bapa saudara mangsa, Mohd Nazim Md Yusuf, 42, berkata, anak saudaranya itu dijaga oleh datuk dan neneknya sejak berusia setahun selepas kehilangan ibunya dua tahun lepas akibat sakit.

Mohd Nazim yang bekerja di kilang sawit di Felcra berkenaan berkata, bapanya merupakan seorang peneroka sementara ibunya pula merupakan Pengerusi Pertubuhan Wanita Felcra Dinamis (Wadira) sementara adiknya, Izuddin pula bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Johor Bahru.

Mohd Nazim Md Yusuf.
Mohd Nazim Md Yusuf.

"Setiap hujung minggu, Izuddin akan pulang ke rumah keluarga itu bagi menjenguk anaknya," katanya.

Katanya, ketika kejadian adik dan anak saudaranya dalam keadaan sedar, manakala kedua ibu dan bapanya sudah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan:

“Sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan itu, saya terus pergi ke tempat kejadian nak tengok dan saya dapati adik saya (Izuddin) dan anak saudara saya (Athiyyah Nur Sofia) masih hidup.

“Saya terus memangku Izuddin dan bagitau rasa sakit...saya ajar dia mengucap sebelum ambulan bawa dia pergi ke hospital (Hospital Mersing) dan saya diberitahu dia meninggal di sana,” katanya.

Ketika ditanya siapa yang akan menjaga anak saudaranya itu kelak, Mohd Nazim berkata, dia akan bertanyakan kepada kanak-kanak itu terlebih dahulu.

“Saya akan tanya dia dulu, nak tinggal dengan siapa? Bagaimanapun katanya, ia terpulang kepada kemahuan anak saudaranya itu.

“Sama ada saya dan isteri akan menjaganya atau ibu saudara sebelah arwah ibunya akan menjaganya, ia terpulang kepada kemahuan dia.

“Apa pun, saya sangat berharap keadilan untuk keluarga saya kerana dalam kejadian tersebut adik dan kedua ibu bapa saya tidak bersalah dan dilanggar kereta yang terbabas,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!