Tingkat kefahaman ibadah haji melalui Sinar Haramain

Berdasarkan data, kos menunaikan haji meningkat setiap tahun dan bagi umat Islam yang kaya, tiada masalah bagi mereka untuk mengerjakannya walau terpaksa mengambil pakej yang mahal melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf TH.

A
A
A

PANGGILAN untuk menjadi tetamu ALLAH SWT bagi melaksanakan ibadat haji pada tahun 1446 Hijrah/2025 Masihi terjawab apabila Lembaga Tabung Haji (TH) mengagihkan surat tawaran bermula Isnin.

Pengagihan surat tawaran tersebut dibuat bersama dengan pengumuman kos bagi mengerjakan Rukun Islam kelima itu.

Berdasarkan data, kos menunaikan haji meningkat setiap tahun dan bagi umat Islam yang kaya, tiada masalah bagi mereka untuk mengerjakannya walau terpaksa mengambil pakej yang mahal melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang diiktiraf TH.

Bagi golongan B40 dan M40 pula, bantuan kewangan daripada kerajaan atau TH sememangnya amat ditunggu-tunggu walaupun terpaksa menanti giliran yang lama.

Berdasarkan kiraan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), kos sebenar menunaikan haji pada tahun 2025 boleh mencecah sehingga RM45,000 seorang bagi kategori ekonomi.

Itu belum dikira syarat kemampuan (istito’ah) lain yang perlu diambil kira iaitu bekalan yang ditinggalkan kepada ahli keluarga sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut.

Kemampuan atau istito’ah ini tidak hadir sekelip mata, bahkan ia memerlukan usaha dan pengorbanan yang perlu dilakukan umat Islam itu sendiri.

Berbicara soal usaha terutamanya dari sudut kewangan ini, kita sering mendengar penduduk kampung yang menabung sejak dari usia muda dalam usaha mencapai impian ke Baitullah.

Artikel Berkaitan:

Begitu juga ada yang bergolok bergadai tanah, rumah dan aset-aset lain untuk mencukupkan syarat berkemampuan itu.

Begitulah semangat juang orang-orang terdahulu dalam usaha menjejaki Tanah Suci Makkah untuk menunaikan haji.

Bagaimana pula dengan masyarakat terutama anak-anak muda sekarang? Apakah mereka juga berusaha keras ke arah itu?

Apapun jawapannya, kesedaran dan pemahaman amatlah penting sebelum usaha untuk memenuhi syarat istito’ah itu dibuat.

Sinar Harian berbesar hati mengumumkan bakal menerbitkan sisipan Sinar Haramain khususnya dalam memberi pemahaman kepada umat Islam mengenai ibadah haji ini.

Pelbagai perbincangan dan kupasan menarik akan disajikan kepada pembaca berkaitan haji termasuk ibadah umrah. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!